Ahad, 29 Januari 2012

Trauma naik Penimbang


Salam dan Selamat pagi blogerz dan rakan taulan,
harini dalm Sejarah ak pg jogging dekt hutan bandar mpjbt tu,memg ia die bru siap,,tpi sepnjg ak hidup kt bumi johor ni,inilah pertama kalinya ak pg JOGGING!!hahahaha..
pg 2 lg dah bangun..memg semngt gaban,takut jem,n sekli hantar adik ak sekolah ...
pg dgn my beloved mum yg jugak punyai misi yg sama..menurunkn berat badan..hahaha.
tpi,,tempt tu memg cantik,,cukup dengan tema hutan yang dia cuba bawakkan ..
memang sampai la..
dengan konsep air terjun,tasik,rumah2 antik berehat,..dan lengkap alat2 gym yang boleh dgunakan untuk org ramai di setiap sudut hijau dalam hutan bandar tu..TERBAIKKK.!!
4,5 kali jugak la ak round situ..nak tercabut kepala lutut ni..
sebb besar hutan bandar tu kan..hahaha..nama pon hutan..hahaha

tpi...memang best la hoii...cume nampak la kaum CHINESS mendominasi pusat jogging ni..bukan ak kata xde org melayu...ade,cume bile toleh kiri cina,toleh kanan cine,depan cina,belakang cina..hahaa
mana tak diorng ni sehat...siap berkungfu dancing bagai beramai2...hahaha
cayalah korg..ak nak join tapi segan ..hahahah

dimana org melayu kita ketika ini???heheh..aceh ak ni..ak pun baru harini pergi..ahahaha
tepuk dada tanya hati masing2 la ek..sendri tau alasan sendri dan sebab musabab sendri..:D

kembali kepada tajuk entry ak harini, Ak TRAUMA naik mesin penimbang yang biasa ak naik kat giant tu..sebb latest ak timbang berat dah naik 1kg!!~
hahaha..baru naik satu kg ak dah trauma..
tu dah seminggu x makan nasi tu..pon naik jugak..agak2 nya ak x leh makan terus kot..minum air je..baru x naik..hahahahaa

dalam prosess diet ni satu je bende yang kene kuat dalam diri..ISTIQAMAH dan tekad yg utuh nak kurus...sebelum ni buleh je ak turunkan berat badan ak 7-8kg ...sekrg mcm malas plak..

hoihoihoi....bangun la ZUBAIR oooiii....kate nak kurus..x lama lg nak renion oii...lupe ke??hahaa
hah!semangat balik!!diet!!n terus untuk dpatkan berat badan yang ko nak...sikit je pon lagi...berkorban untuk mendapatkan kebahagian yang ko nanti bertahun2..ahahaha

what ever it is..perlukan jugak sokongan korg yg baik2 belaka ni..moga semangat dri korg ni membuat kan aku terus kan lagi misi ni untuk BERJAYA.!!!hahahaa

kan bagus kalau semangat ni ade untuk belajar dan berjaya dalam exam...hehee

dah2...ni ak nak tunjuk sikit gambar hutan bandar MPJBT yg ak pg td.... nnti2 korg ade mase prgilah..best..CUCI MATA :D










Sabtu, 28 Januari 2012

37 Fakta Mengenai Lelaki




Salam dan selamat pagi guys,today,i would like to share with u some information about "MAN",yang kite maungkin tahu serba sedikit tentang lelaki,tetapi x semuanya,ini adalah FAKTA,betul atau tidak tepuk dada tnya selera..haha :D

1) lelaki Biasanya Tidak Terpikat Terhadap wanita Disebabkan mereka cantik,tetapi mereka lebih mudah Terpikat terhadap personaliti dan keterampilan seorang perempuan itu.

2) Lelaki amat bencikan Lelaki lain yang cuba menggoda kekasih mereka.

3) Apa yang sedang anda lekukan? atau awak sudah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4) Lelaki akan sebuk dengan pekerjan mereka sepanjang hari, tetaapi sebelum tidur, pasti mereka akam memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5) Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6) Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang perempuan senyum mereka.

7) Lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8) Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9) Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10) apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar2 serius.

11) Lelaki juga akan menangis.

12) lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13) Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti " Ada sesuatu nak bagitau awaak ni,..erm..tapi x pela ", Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14) Lelaki akan teruja apabila mendapat mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15) Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16) Apabila wanita menyatakan tidak,hati lelaaki akan menyatakan ok...takpe..cuba lagi esok...

17) Lelaki amat sayangkan ibu mereka.

18) Lelaki sanggup mengorbankan makan tengah hari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19) Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20) Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21) Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22) Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka

23) Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya keawan lelaki.

24) Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita,mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka belikan itu tidak disukai.

25) Lelaki lebih banyak berfikir.

26) Imaginasi lelaki tiada had.

27) Ketinggian Wanita adalah tidak penting,apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28) Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29) Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30) Apabila lelaki menceritakan sesuatau yang serius,berikan perhatian yang sepenuhnya. ia amat penting.

31) Lelaki memilih semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

32) Lelaki lebih gemar wanita yang pandai memasak.

33) Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34) Lelaki belajar mngenai cinta melalui pengalaman,bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35) lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

Nothing Impossible

Salam Buat semua Sahabat andai..
dan Selamat beristirehat di mlam hari ...
tajuk entry ak kali ni membabitkan bnyak perkara yng berlaku jugak pada diri ak today..
kek yang ak rancang nak buat tu alhamdulillah menjadi dan memuaskan hati..
walaupon x seratus% memuaskan...xpe..first time kan,yang paling penting.first time buat ni punye rezeki la dah dapat order untuk sebiji kek Coklat with Filling Stawberry Selasa depan..
akibat penangan rasa kek yg aku cuba2 buat2 ni..hahahaha alhamdulillah..:D
Tgh hari tdi,Kunci kereta ak boleh terjatuh dalam lubang kumbahan air dekat saloon felissa Cosmetic tempat mak ak keje tu,entah macm mane buleh jatuh kan..x tahu la..
tpi yang ak nak cite ni,ade seorang hamba ALLAH ni..
bantu ak untuk tarik keluar kunci ak yang dah jatuh dalm tu..
hanya menggunakan tangan dia shj..

ALLAH..waktu tu..tak terucap apa2 ak..sebb die nak tolong,
kebetulan die member adek ak,(angah)selok punye selok...tarik punya tarik,korek punye korek,,last2 jumpa jugak la kunci kete tu..alarm kete kompom2 la rosak an..tpi tu x pntg.yg pentg kunci tu dah di bawak keluar dri lubang durjana tu..hahaha
ak x de duit nak bg budak tu,yang mampu bg,hanya ucapan TERIMA KASIH tak terhingga...
sanggup menggunakan tangan seluk lubangpuaka yg berbau tu..
ALLAH...sungguh ak x lupa jasa KAU..
insyaallah..akan tiba satu masa,ak pula yg MEMBANTU..

ak actually dtg tempat keje mak ak tu nk on9 laju sikit,
kalau kat umah pkai broadband kan.korg sendri phm laju mana lah broadband ni buleh pg..hahhahaha x tau plk yg hari ni ade competition
makan buah oren paling banyak kat GIANT tu..
budak yg tolong ak tu,dgn adeq ak rupa2nya
dtg nak enter the competition la ..hahaha
tpi yg menang ADEQ ak n MY mUM..
Adeq ak dapt la no.2,mak ak dapat saguhati...
diorg lawan time final..
komfom la mak ak kalah dgn anak die sendri yg kelahap makan tahap gaban tu..hahahaa
however iit is..Congrets,...n besar hamper ko dapt kan ngah,
so ape lagi..rewang kenduri la kita malam ni..hahhahaha


ni la sedikit gmbr yg boleh kongsi :)
atas ni mak aku yang tengh mengunyah limau untuk menang konon2nya..haha
x tengok adeq ak kat bawah ni yang 10x lagi laju menelan limau..bukan kunyah lagi da..hahaha
hamek kau!makan jgan x makan,...hahah


muke nak bangge dapt no2..yg no1 tu lagi dahsyat makan dari adeq ak..agak2nya dengan biji2 die telan..hahaha.ade makcik tu sampai termuntah2 sebb loyer..hahaha..macm2..
.....................................................................................................................


ni la kek yg dah siap n dah habes pon di mkn oleh semua yg ade dirumh ni :)


ni asal nama die kek span biasa,tpi aku upgrade sikit,
sebb ak doublekan dua2 kek span ni n letak filling tgh2 tu dgn blueberry jem..
pergghh,,memg sedap,,,atas tu ak letak Cream Coklat..betambah2 la sedap die..
so ak namakn,
KEk SPan Stawberry WIth Cream Chocolate..hahahhaha nyum2 :)

yg ni asal name die lgi lain..jap lagi x jdik ek..jadik nye lain..
hahhaha...ni ak bg nama KEK coklat Magerine Sugar hahahaha..sebb masa nak buat cream majerin tu gula x guna gula icing,tpi guna gula biasa,hamek kau beketul2..
rasa macm majerin campur gula..xpa..yang penting leh makan ye x??hahahah
untuk cover supaya nampak cantik sikit,ak tabur la serbuk koko atas tu..hehehe:D





Ps: TERIMA KASIH UNTUK SYAMIL SEBB tolong AKU tdi...jasa kau komfom ak x leh lupe sampai bile2..tangan ak x cukup panjang untuk tarik keluar kunci tu..naseb baik tangan MU panjang SYAMIl..hehehe :D

Khamis, 26 Januari 2012

Selamat Pagi Jumaat


Assalamualaikum dan selamat pagi Guys,rakan2 taulan,kekasih2 hati...n sahabat andai..hakhaks..
alhamdulillah hari ni,kita masih dikurniakan nikmat hidup dalam islam oleh Allah untuk kita teruskan perjuangan kita sebagai khalifah di muka bumi NYA ini..
salam Jumaat buat semua muslimin dan muslimat yg dirahmati...
yg lelaki jangn lupe sembahyang jumaat*termasuk ak la kan.hahah*
yg perempuan,boleh la masak2 ke,atau pon, buat la perkara2 yang berfaedah,,apapepon,moga2 harini memberi kita manfaat yang baik.

rancangnya ak harini,nak pg servey alamat2 bakery supply shop area johor ni..


Sebelum ni,ak selalu pg Yummy je,yg dekat bangi tu,tpi sekrg tgh cuti..so barang2 yang nak guna habes dah sumua,kebetulan harini memang hari yang aku nak belasah semua resepi2 KEK yang aku duk kumpul berbulan2 lalu..wEh!xsabar gile!~

Selagi kek Tu x menjadi Sebiji Kek,selagi tu la ak akan cube buat sampai jadi kek!hahaha
whatever it is,korg doakan la menjadi kek2 ak ni,nnti leh la tempah kan?hahahaha
mudah2an ilmu yang ak dapat harini memberi manfaat untuk selamanya..

niat belajar yg penting LILLAHI TAALA>>tiada penghususan yg bertuntut bahawasanya PEREMPUAN sahaja yang buleh buat bende DAPUR especially masak2 ni,jangn Sempitkan otak pemikran yg dah suci seblum ni dgn Anasir2 busuk yang selalu menghukum seseorang hanya dengn alasan yang kurang beretika..haha
HAve a NIce Day Guys!~

saje letak gambar2 kek ni buat terliur sikit...alangkah indahnya dunia kalau kek yg ak buat lejh jdik cmnie...



::ikhsan gambar dri pak google::

Jumaat, 20 Januari 2012

SelSema+Batuk Kerongkong


Salam semua..
untuk entry kali ni..nk ckp yg ak x berapa sehat, i got flu for a few days, lemah sesgt kene flu nikan,,
meleleh je die..start kene ituari mase nak hadap last paper,dgn nak bace lagi,dgn nak melayan kerenah flu lgi,adush..seksa...tpi itu semua dugaan yg buat ak boleh jawap paper last dgn baik..hahaha,alhamdulillah..
still now,flu maseh x kering2..n sgt heavy lah., adush malasnya nak pg klinik, ade sape boleh tolong bawak kan x?hahaha

dah lah flu,batuk mula memasuki kerongkong yg berlemak ni..huhu
aduh setiap kali nak batuk,..satu badan rasa sakit...rase mcm tergesel dengan bende2 keras kat kerongkong tu..
hari ni rancang nak balik JOHOr..
tapi kalau still x baik jugk n makin teruk..kene tangguh la perjalanan pulang harini...
moga Allah permudahkan semuanya...
insyaallah panjang umur kite ketemu lagi..
Doakan KEsihatan aku ye Kawan2 (^_^)

Isnin, 16 Januari 2012

HARI ini DALAM sejarah::

assalamualaikum rakan2 sume...

harini baii nak cite ape yang dah jadi harini terhadap diri hina ini...
banyak yang berlaku dalm masa yang singkat harini...
langsung x expect bende2 ni jadi...
tapi kuasa ALLAh.. nothing impossible....


1) kereta ak x leh start



kete kancil yang disyangi n banyak berjasa ni buat hal lagi...
kalini..die main x leh start plak...aduh...
tapi dari semalam lgi x leh start...semalm ramai yg tolong tolak...so boleh la start jugak..
tapi harini..segan plak nak mintak tolong org tolak..
ak pon call my father and ask, what suppose i Do..
ayah ckp,charge bateri kete tu kat kedai..kalau betul2 xleh baru tukar bateri baru..
(maklumla first time ade kete)
so i do what suppose i do...bukak batery kete tu...n p
g hantar kedai charge,,

mase nk pi hantar tu...bru perasaan problem no.2...


2) tayar kereta Bocor..


adusshh..sudah jatuh ditimpa tangge rasenye...lepas satu, satu maslah yg timbul...huhu
ape lagi..buat2 pandai la ak...ganti tayar spare yg ade kat belakang tu...tup2..xde angin pulak...hahahah
memgg dugaan betul harini...ak bukak...n angkat bawak naik kete member..naseb baik ade membe yg baik hati nk pinjam kan kete..hehe...sekali la ak bawak btery untuk charge tu..
pg bengkel sattled kan dulu batery...n then pg pam tayar...
alhamdulillah..semuanya sudah selesai..

ini merupakan satu pengajaran dan pelajaran yg baik untuk ak..sebb sebelum ni x penah buat bende2 cam ni kan..hahaha


3) MUET


untuk yg ketiga..pendaftran MUET..ak pg nngn member2 tdi beli numbor pin mUET di BSN...
tup2 kami dikejutkan bahwasnya yang sesiapa belum amik MUET sebelum ni x buleh amek untuk edition muet kali ni...
hah!memg tekejut beruk makye ak..hahahha
xkan paper julai nnti baru boleh amek..?kalu ak x lepas band3 cmne???
x grade la ak jawabnya..adushh...risaunya....
kami terus pg USIM...daftar kat USIM...n now we still wait for the result...samada dapt daftar atau x..huhuhu

harini...hari bersejarah...sgt bersejarh..n history..hahaha
alhamdulillah..ALLAH masih Syg ak untuk uji ak dgn ujian2 nya...
THANKS GOD.. (*_*)


sekadar peringatan untuk dri sendri : Tuhan tidak akan menguji hamba2nya dengan ujian yang kita tidak mampu menampungnya..sesungguhnya tuhan itu maha adil... :)

Sabtu, 14 Januari 2012

Diet with care about what we Eat..

ni adalh list Jumlah kalori Dalam pemakanan seharian.baii copy n paste dri http://darkbatman.com .saje nak kongsi sikit info ttg kalori2 yg ade dalam makann yg kita ambik hari2...takut jugak tengok..tpi bila try implikasikan dan kawal apa yang kita makan..insyaallah memg akan nampak hasilnya...:)







Kategori:Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori

2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori

3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori

4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori

5. Popia goreng (satu) = 130 kalori

6. Popia basah (satu) = 95 kalori

7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

kategori minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2.minuman kotak 250g – 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5.aiskrim 2 skop- 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal
8.mentega 2 sudu teh – 75 kal
9.keju chedar 1 keping -58 kal

Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Tteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice

Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori

Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori
Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori

Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori


Rabu, 11 Januari 2012

::Surat Cinta Aku dan Kamu::

~Surat CinTa~ku untuk Sang Pemilik cintaKu...

Engkau teramat setia kepadaku....
biarpun Engkau tidak melafazkannya kepadaku...
kerna aku tahu betapa luas kasih dan cintaMu padaku...
walaupun aku amatlah tidak layak untuk cintaMu...
aku tahu Engkau amat sayangkan hambaMu ini...
dan Engkau juga tahu bagaimana perasaanku padaMu...
Rabbul izzati... Ya Allah...
Engkau teramat setia dengan hambaMu ini...
setiaMu tidak dapat diungkap hanya dengan bait2 cinta nan indah...
yang tidak tertulis biarpun dengan 7 lautan tinta...
biarpun lautan itu sedalam tingginya puncak gunung mencakar awana...

Ya Allah... saat di mana aku jatuh ke dalam jurang dunia yg dalam...
Engkau hulurkan aku dengan taliMu menyelamatkan aku...
mencapai tanganku lantas membangkitkanku semula untuk kembali ke jalanMu...
biarpun hambaMu ini teramat berat dengan dosa2 yg menggunung...
Engkau masih setia memancarkan nur kasih dan hidayahMu...
agar hambaMu ini tidak terus jatuh dan mati di dalam lembah dosa nan hina...
Ya Allah... saat aku sesat di kala malam dosa...
tatkala aku telah buta dengan nikmat dunia ini...
kau tunjukkanku sinar nur hidayahMu padaku... memimpinku ke jalanMu...
biarpun hati ini telah terlalu buta... terlalu gelap untuk menerima segalanya...
Engkau tidak berhenti memberikan hidayahMu...
Ya Allah... saat aku kesunyian tanpa teman...
saat aku sedih dan berduka... saat aku perlukan tempat untuk mengadu...
Engkau hadir menemani dengan kalamMu nan indah...
petunjuk dan pedomanMu ini bak puitis cintaMu padaku...
menceriakan hatiku yg sedang berduka lara..
puitis yg tiada bandingnya... aku ceria mendengarnya...
hilang segala resah di jiwa...
Ya Allah... saat aku terlupa akan diriMu...
terpesong dari jalanMu... kau hadir dengan peringatanMu...
mengingatkanku kembali jalan pulang kembali ke pangkuanMu....
sedang aku asyik dengan nikmat dunia...
Engkau tidak biarkan aku hanyut didalamnya...
kerna kau tahu dunia itu hanyalah fana'....
biarpun aku selalu lupa... kau tetap setia dengan peringatan-peringatanMu padaku...
Ya Allah... aku tahu kau amat setia dengan hambaMu...
dan aku tahu amat menyayangi hambaMu...
tapi aku tidak tahu mengapa...
aku selalu menyakitiMu dengan dosa2ku...
aku selalu memungkiri janjiku padaMu...
aku juga sering kali tidak mengendahkan CintaMu itu...
namun setelah semua itu... yg hadir padaku tetap CINTAMU padaku...
Ya ALLAH rabbul izzati...
kini... merona cintaku padaMu... ku ingin membalas lafaz cintaMu...
ku ingin mengungkap bait cintaku padaMu...
tatkala saat aku bertemu denganMu menyahut cintaMu...
akan ku tetap setia menunggu saat itu...
saat kematian untuk aku bertemu dengan cinta teragungku...
dan mengungkap lafaz....
~Aku CinTa Pada-Mu~ bait-bait kata ini aku tulis dengan penuh rasa cinta... berkanvaskan kertas kasih... menggunakan pena rindu dan sayang... kutulis bait2 cinta ini hanya untuk-Mu... hanya untuk-Mu tuhan yg maha Esa... dulu... kini... dan selamanya... hanya Engkau Pemilik Cintaku... Ya Allah... Engkaulah cinta teragungku...
*For Illahi ROBBI..sang Pemilik cinta~ku
Testing@2!!!